Tarikh Pelancaran Rasmi Peranti Berkamera 6 – vivo V17 Pro Mendarat Pada 1 Oktober

Beberapa hari yang lepas kami baru sahaja melaporkan vivo V17 Pro telah melepasi pengesahan SIRIM, kini pihak vivo Malaysia mengesahkan bahawa peranti hebat ini akan dilancarkan pada 1 Oktober 2019 nanti.

Walaupun buat masa kini tiada sebarang spesifikasi lebih terperinci didedahkan, namun menurut FB vivo peranti berslogan “Shoot Beyond Limits” dan “6 Cameras, Perfect Shot” ini akan membawa kamera hadapan dual Pop-Up 32MP dan AI Quad kamera utama.

BACA JUGA:

Ada khabar angin juga mengatakan kamera hadapan dual Pop-Up ini dilengkapi 32MP + 2MP, sementara AI Quad kamera dilengkapi 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Walau bagaimanapun, spesifikasi rasmi masih tidak disahkan lagi, kita nantikan pelancaran pada awal Oktober.

 

You might also like