Kempen ONG-some Oleh 11street Meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina

Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, 11street umum akan menganjurkan kempen ONG-some yang akan bermula dari 15 Januari sehingga 31 Januari 2019.

Para pelanggan akan menyaksikan Tawaran Kilat ONG-some yang menawarkan harga menarik, serendah RM9. Pelbagai diskaun dan promosi yang memperlihatkan potongan sehingga 90% bagi kategori-kategori produk terpilih seperti Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, IT dan Mudah Alih, Barangan Elektronik serta Barangan Runcit dan Perkhidmatan.

Dalam pada itu, beberapa produk-produk ONG-some akan turut serta dalam jualan murah musim perayaan dengan diskaun – diskaun istimewa yang ditawarkan oleh Unilever, SCC Marketing, WALL’S dan Jocom. Turut serta Chloris’s Petals, Dettol, Durex, Enfagrow & Sustagen, Eucerin, Eu Yan Sang, EZVIZ Store, FS Store, Garmin Official Store, Happy 21 Florist & Gifts, Jbao Store, Laneige, Mamypoko, Mono Digital, Mylo Trading, Nestle, Nivea, N4Camera Store, RB Health Store, Samsung Mobile, Samsung, Senheng, Sealey, Silky Trend, Soon Thye Hang, Super, The Chapter Two, Tools Depot, TROCA, UGEARS Malaysia, teh, kopi dan produk organik 888.

Ahli-ahli 11street berpeluang bermain permainan dalam talian “Pawsperity Cat” yang menawarkan ganjaran kupon harian, seterusnya menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan. Klik di sini untuk bermain permainan ini.

Anda boleh membeli-belah di laman sesawang 11street. Anda juga boleh memuat turun aplikasi 11street.my menerusi iOS atau Google Play Store.

Baca juga: 

 

 

You might also like