Jualan PowerBank Meningkat Mendadak?!

1.1Okay, sudah masuk hari ke 3 Pokemon Go boleh dimainkan secara sah di Malaysia, hari Sabtu yang lalu saya menghabiskan masa memburu Pokemon bersama rakan sehingga pukul 5 pagi. Memang seronok dapat lepak dan bergelak sakan dengan rakan-rakan, tetapi yang tak best kami semua terpaksa berebut powerbank dan hanya 2 daripada 8 orang yang pergi memburu membawa powerbank. Jadi timbullah niat untuk membeli powerbank keesokan harinya.

Walaupun tiada sumber menunjukkan bahawa permintaan terhadap powerbank menaik secara mendadak dalam beberapa hari ini, tetapi menurut pemilik kedai gajet yang sempat kami sembang dengannya, sememangnya permintaan powerbank pada hari Sabtu dan Ahad agak luar biasa, ini semua gara-gara Pokemon Go.

Mana tidaknya, permainan Pokemon Go sememangnya terkenal dengan kebolehan menghabiskan bateri dalam masa yang singkat, mungkin sebab itu permintaan terhadap powerbank kebelakangan ini mendadak naik. Pada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan, mungkin ini masa yang tepat untuk anda menjual powerbank.

 

You might also like