
Rekaan OnePlus 7T Diumumkan Rasmi! Kamera “Bulat” Juga…
Forum OnePlus membuat kejutan kepada peminatnya, di mana peranti baharu OnePlus 7T yang bakal dilancarkan pada 26 September ini telahpun memperlihatkan rekaan rasminya.
Menerusi gambar yang dikongsi, OnePlus 7T hadir dengan rekaan stylish di samping bahagian kamera berbentuk bulatan dilengkapi 3 lensa pada panel belakang.
Adakah rekaan bulatan akan menjadi trend bagi rekaan kamera seterusnya? Tidak diketahui lagi, apa komen anda pula dengan design sebegini?
[ SUMBER ]

