
Carian Melalui Gambar Pada Bing iOS
Anda pernah melihat sesuatu yang menarik tetapi tidak tahu langsung mengenainya? Kini anda tidak perlu lagi menghadapi situasi sebegitu kerana kemas kini terbaru aplikasi Bing pada sistem iOS membolehkan anda melakukan carian informasi dengan hanya menangkap gambar, ini termasuklah gambar lokasi ketika anda melancong mahupun gambar produk ketika membeli belah.
Konsep yang digunakan Bing pada carian imej ini adalah hampir sama dengan Google Goggles, dan bagi mereka yang kurang biasa dengan nama tersebut, Goggles adalah perisian dari Google yang dikeluarkan beberapa tahun dahulu, ia membolehkan pengguna menangkap gambar dan aplikasi ini akan mencari informasi berdasarkan gambar yang telah ditangkap.
Walaupun Goggles adalah perintis kepada fungsi ini, ianya tidak berkembang semenjak diperkenalkan. Jadi kita mungkin dapat melihat aplikasi carian melalui imej yang lebih sempurna melalui Bing dari Microsoft.

