ZTE Bakal Menawarkan Telefon Pintar 5G Bermula Hujung Tahun Ini

Bukan Samsung, bukan Huawei, apatah lagi Apple, tetapi ZTE yang berasal dari China tidak lama lagi bakal tampilkan telefon pintar berkeupayaan 5G seawal penghujung tahun ini. ZTE yang hampir pupus di pasaran Amerika Syarikat hari ini mengemas kini portfolio mereka dengan membuat gerak langkah baru.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh CEO ZTE, Lixin Cheng bersama Bloomberg mengesahkan syarikat di bawah jagaannya akan melancarkan telefon pintar dengan sokongan liputan rangkaian 5G di Amerika Syarikat bermula hujung tahun ini atau seawal tahun hadapan. Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan tablet 5G atau hub internet tanpa-wayar bersama-sama.

Ini menjadikan ZTE antara syarikat yang paling awal melancarkan peranti 5G ke pasaran dunia. Jadi, adakah Malaysia negara yang layak menerima teknologi sebegini? Tinggalkan komen anda.

Sumber

You might also like