

OPPO Malaysia berbesar hati ingin memberi sejumlah unit OPPO F5 kepada penonoton bertuah yang menyaksikan video secara langsung pada hari pelancaran iaitu 2 November ini.
Peraduan yang bermula pada pukul 3.15 petang 2 November 2017 akan berakhir pada jam 11.59 malam 3 November 2017. Bagi yang ingin menyertai peraduan ini, sila ikuti tiga langkah mudah ini:
- Tonton video secara langsung pelancaran OPPO F5 di Facebook OPPO Malaysia.
- Kongsi pos berkenaan dengan meletakkannya sebagai awam.
- Komen “Done”.
OPPO F5 dilengkapi skrin bersaiz 6 inci dengan paparan hampir penuh 18:9 FHD. Menggunakan cip pemproses MediaTek Helio P23, memori RAM 4GB, dan storan 32GB, ia turut dijana bateri berkapasiti 3,200mAh.
Kamera pula lengkap dengan sensor 20 Megapiksel AI Beauty di bahagian depan dan 16 Megapiksel di bahagian belakang. Dalam masa sama, OPPO juga akan memperkenalkan varian teratas OPPO F5 dengan memori berkapisiti 6GB RAM/64GB ROM.
https://www.facebook.com/malaysiaoppo/videos/758553944345416/

