
Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah mula berada di pasaran Malaysia bermula 20 Oktober yang lalu. Kita difahamkan penjualan iPhone pada kali ini agak merudum dan tidak mendapat perhatian yang tinggi.

Bagi yang sudah memiliki iPhone 8 atau iPhone 8 Plus, anda pasti sedang mencari-cari sarung pelindung yang bersesuaian. Oleh itu, Otterbox sebuah jenama yang terkenal dari AS mengumumkan beberapa model khusus untuk iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X untuk pengguna tempatan.
Sarung peranti yang dihasilkan oleh Otterbox ini menawarkan perlindungan yang maksimum malah ia juga telah melalui 24 ujian selama 238 jam untuk mendapatkan pengesahan Drop+ Protection Seal. Ujian ini boleh membolehkan ia dapat bertahan daripada calar, terhentak, dan terjatuh.
Untuk iPhone 8, Otterbox menawarkan siri Commuter, Defender, Pursuit, Strada, Symmetry, Symmetry Clear, Symmetry Clear IML, dan Symmetry IML.








Untuk iPhone 8 Plus, Otterbox menawarkan siri Commuter, Defender, Pursuit, Strada, Symmetry, Symmetry Clear, Symmetry Clear IML, dan Symmetry IML.








Manakala, iPhone X pula Otterbox juga menyediakan siri Defender, Strada, Symmetry, Symmetry Clear, Symmetry Clear IML, dan Symmetry IML.






Selain itu, untuk perlindungan skrin pula Otterbox menawarkan Alpha Glass dimana dapat memberikan perlindungan tambahan daripada paparan calar ataupun retak.


Barisan produk Otterbox untuk model iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X boleh didapati di kedai-kedai sah seluruh Malaysia bermula hari ini.

