Reviu Eksklusif: Sony Xperia XA1 Ultra – Penggambaran Swafoto Sokong Teknologi OIS

Sony Malaysia secara rasminya membawa masuk peranti terbarunya yang merupakan model peningkatan bagi Sony Xperia XA1, iaitu Xperia XA1 Ultra. Model terbaru ini masih lagi mengekalkan karakteristik Xperia yang berbentuk segi.

Walaupun harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding model sebelumnya, tetapi ia menawarkan beberapa spesifikasi yang dipertingkan seperti paparan skrin lebih besar, memori dalaman dan RAM, penggambaran hadapan dan juga kapasiti bateri. Sony Xperia XA1 Ultra telah dilengkapi dengan sistem audio SmartAmp dan Clear Audio+ untuk memastikan lontaran suara pada speaker tajam dan jelas.

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

FIZIKAL

Pilihan Warna

Sony sememangnya terkenal dengan pelbagai pilihan warna yang elegan. Memandangkan smartphone ini memfokuskan kepada semua golongan, Sony Xperia XA1 Ultra telah menawarkan empat pilihan warna yang boleh dipilih mengikut warna kegemaran anda. Pilihan warna yang disediakan adalah hitam, putih, emas dan juga merah jambu.

 

Paparan Skrin

Kepada mereka yang inginkan smartphone dengan paparan skrin besar, tetapi dalam masa yang sama masih selesa dipegang? Xperia XA1 Ultra boleh dipertimbangkan.

Menampilkan paparan skrin 6.0 inci dengan kepadatan piksel mencapai 367ppi, ia juga hadir dengan rekaan melengkung 2.5D. Bagi memberi keselesaan kepada pengguna, mod one-hand turut disediakan pada phablet ini.

 

Sisi Phablet

Memandangkan kerangka peranti ini diperbuat daripada logam dan ianya unibodi, ia digunakan secara maksima. Sisi kanan telah menempatkan butang laras volume, butang kuasa dan juga butang dedikasi kamera.

Manakala sisi kiri pula hanya menempatkan slot kad, anda boleh menggunakan kedua-duanya tanpa perlu memilih sama ada ingin menggunakan kad SIM mahupun microSD.

 

Penggambaran Utama & Depan

Panel belakang Xperia XA1 Ultra telah dibekalkan kamera utama 23 Megapiksel serta dilengkapi LED flash yang sesuai untuk penggambaran low-light. Manakala lensa penggambaran hadapan pula dipertingkatkan kepada 16 Megapiksel serta sokongan OIS yang tiada pada model sebelum ini.

Kehadiran Smart Selfie Flash pula sememangnya sesuai untuk mereka mengambil gambar swafoto mahupun berkumpulan di kawasan yang gelap ataupun kurang pencahayaan.

 

APA YANG COOL?!

One-handed Mode

Fungsi One-handed Mode atau lebih dikenali sebagai mod sebelah tangan yang diperkenalkan oleh Sony nampaknya lebih praktikal kepada pengguna, bergantung kepada keselesaan anda.

Sepertimana phablet yang ada di pasaran, Xperia XA1 Ultra membolehkan anda mengakses skrin yang lebih kecil dan telah ditetapkan kepada satu saiz sahaja. Tetapi yang menariknya, anda boleh menambah aplikasi yang boleh digunakan pada sebelah tangan seperti Dialer pad, Unlock screen, Access notification dan beberapa lagi.

 

Penggambaran
(Kiri) Mod penggambaran kamera utama (Kiri) Settings

Jika dibandingkan Xperia XA1 Ultra dengan Xperia XA1, ia sememangnya menawarkan harga yang jauh berbeza walaupun membekalkan lensa penggambaran utama yang sama.

(Kiri) Mod Superior Auto (Kanan) Mod Manual

Kamera utama menawarkan lensa 23 Megapiksel yang telah diserikan dengan pelbagai mod penggambaran menarik di antaranya Manual, HDR, Superior Auto, Sound Photo dan banyak lagi.

(Kiri) Mod penggambaran kamera depan (Kanan) Settings kamera depan

Bagi penggambaran hadapan pula, ianya telah dipertingkatkan kepada 16 Megapiksel berbanding 8 Megapiksel pada model sebelum ini.

(Kiri) Smart Selfie Flash – OFF    (Kanan) Smart Selfie Flash – ON

Lebih istimewa, Xperia XA1 Ultra telah menyokong fungsi Optical Image Stabiliser (OIS) yang tiada pada Xperia XA1 serta Smart Selfie Flash.

TIP!! Anda boleh mengambil gambar menggunakan butang dedikasi kamera yang tersedia di sisi sebelah kanan.

 

Pengecasan Pantas

Kehadiran teknologi pengecasan pantas yang diberi nama Qnovo Adaptive Charging pada phablet ini sangat membantu terutamanya bagi mereka yang suka melancong. Ini kerana, jika anda terlupa untuk membawa bateri tambahan, jangan risau kerana teknologi ini membolehkan anda mengecas smartphone dengan lebih cepat dan pantas.

Ujian Pengecasan Pantas:-

  1. Sony Xperia XA1 mula dicas apabila bateri tinggal 5%.
  2. Selepas 30 minit mengecas, bateri hanya meningkat kepada 26%.
  3. Selepas 45 minit mengecas, bateri meningkat lagi menjadi 36%
  4. Bagi mengecas penuh bateri berkapasiti 2700mAh adalah sekitar 2 jam sahaja.

 

Permainan HD

Bagi yang gemar bermain permainan HD di dalam smartphone, Sony Xperia XA1 Ultra boleh dipertimbangkan! Selain dibekalkan dengan RAM sebesar 4GB, ia turut dikuasakan oleh pemproses Octa-core berkelajuan 2.3GHz, 64 bit bersama grafik MediaTek Helio P20.

Kami telah cuba bermain permainan Real Racing 3, ternyata ia memaparkan grafik yang sangat lancar.

Lebih istimewa, paparan skrin yang besar sememangnya memberikan keseronokan yang tiada tandingan apabila bermain permainan mudah alih.

 

HASIL GAMBAR

Pemandangan
Potret

 

 

KOMEN

Jika dilihat pada harga yang ditawarkan, Sony Xperia XA1 Ultra sememangnya menawarkan harga yang agak premium walaupun menyokong spesifikasi yang tidak banyak berbeza dengan model sebelumnya! Tetapi, dengan beberapa spesifikasi peningkatan, ianya masih berbaloi untuk memiliki phablet ini.

Penggambaran utama masih dikekalkan, tetapi penggambaran hadapan telah dipertingkatkan serta hadir dengan teknologi Optical Image Stabiliser (OIS) yang tiada pada model sebelum ini.

Bukan itu sahaja, buat mereka yang gemar bermain permainan mudah alih, usah risau kerana Xperia XA1 Ultra telah dibekalkan bersama memori RAM sebesar 4GB yang terasa lancar apabila bermain permainan mudah alih.

Ditambah pula dengan paparan yang besar, ia pastinya memberikan keseronokan berganda buat anda! Namun begitu, rekaan yang sama seperti model sebelum ini membuatkan pengguna agak keliru dengan model terbaru ini.

 

 

You might also like