
Penyelidik MIT Mencipta Cip Pemproses Khas Untuk Kecerdasan Buatan
Kecerdasan buatan (AI) merupakan salah satu aspek di dalam teknologi yang semakin meningkat kepentingannya. Siri dari Apple mengubah membentuk persepsi bagaimana kita melihat kecerdasan buatan berfungsi. Sejak itu kita telah lihat bagaimana teknologi ini berevolusi dan dibangunkan dari pelbagai syarikat. Ketika ini Google Assistant dan Amazon Alexa merupakan penanda aras bagi kecerdasan buatan dengan masing-masing sangat hebat dan efektif membantu pengguna di dalam kehidupan seharian.
Seperti mana-mana teknologi perisian, ia pasti memerlukan perkakasan yang sesuai dan efektif untuk membantunya berfungsi dengan lebih baik. Kecerdasan buatan bergantung kepada pengecaman pertuturan, dan perlu sentiasa bersedia untuk menerima arahan suara anda. Bermakna ia memerlukan sebuah cip pemproses yang mesra kuasa bagi membolehkannya bersedia pada setiap masa tanpa perlu menggunakan banyak kuasa. Para penyelidik di MIT telah membina sebuah cip yang direka khusus kecerdasan buatan yang hanya memerlukan 0.2 – 10 milliwatts untuk berfungsi, berbanding cip pemproses normal yang secara puratanya menggunakan 1 watt kuasa.
Cip ciptaan mereka menggunakan rangkaian neural pada setiap masa untuk mengesan bunyi. Ia mempunyai trigger khas yang mampu mengesan bunyi pertuturan manusia dan sebaik sahaja ia mengesan ucapan manusia, cip ini akan melancarkan proses pengecaman dan sekaligus mengaktifkan fungsi kecerdasan buatan.

