
Android Instant Apps Di Dalam Tempoh Percubaan
Pada acara Google I / O tidak lama dahulu, Google memperkenalkan Android Instant Apps yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi mobil tanpa perlu muat turun aplikasi dari Play Store. Pengguna hanya perlu mengakses aplikasi dari pelayar web dan menggunakan aplikasi tersebut secara normal.
Mungkin ramai yang sudah terlupa akan Instant Apps ini, namun dengan perkembangan terbaru dari Google kita semua boleh berasa teruja semula kerana beberapa pengguna sudah mula diberikan akses Instant Apps pada peranti mereka. Ketika ini sebilangan kecil pemilik Pixel dan Nexus sudah boleh mencuba fungsi ini dan daripada apa yang kami tahu, Google telah melancarkan 4 Instant Apps, iaitu Wish, Viki, Buzzfeed dan Periscope.
Anda boleh memeriksa sekiranya peranti anda sudah menyokong fungsi ini dengan:
- Pergi ke menu tetapan telefon anda
- Tap Google dan cari sekiranya servis Instant Apps sudah tersedia untuk anda.
- Sekiranya ada, tap pada fungsi Instant Apps untuk menghidupkannya.
Seperti yang dinyatakan, Instant Apps kini boleh digunakan untuk aplikasi Wish, Viki, Buzzfeed dan Periscope. Anda boleh mencuba salah satu dari aplikasi tersebut dengan cara:
1. Buka Chrome
2. Cari aplikasi dan lihat label Instant pada hasil carian aplikasi.

3. Tap Open App
4. Aplikasi akan dimuatkan dan anda boleh terus menggunakan aplikasi secara normal tanpa perlu muat turun aplikasi.


