LG G6 Lebih Hebat Dari Segi Kualiti Audio Berbanding Model Terdahulu Dengan DAC Baru

LG membawa kualiti bunyi Hi-Fi kepada model G5 melalui modul berjenama B&O, manakala V20 pula memberikan kualiti audio yang lebih hebat dengan DAC 32-bit dan earphone B&O. Para audiophiles yang mementingkan kualiti bunyi pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah yang disertakan pada model LG G6 yang akan dilancarkan tidak lama. Kami ada sedikit sneak peek untuk anda.

Menurut khabar, LG akan memperkenalkan DAC Quad 32-bit terbaru yang dapat mengawal saluran audio kiri dan kanan secara berasingan, lantas menghasilkan bunyi yang seimbang dan lebih baik. Satu lagi DAC yang baru adalah integrasi litar yang akan memelihara kualiti audio. LG dijangka akan memperkenalkan G6 di acara MWC Barcelona pada akhir Februari ini. Jangan lupa ikuti kami untuk mendapatkan berita semasa MWC 2017.

You might also like