Peranti Tahun 2017 Samsung Galaxy Note 8 & Galaxy S8/S8+ Bakal Menerima Kemas Kini One UI

774

Antaramuka One UI yang baru sahaja diperkenalkan di persidangan Samsung Developer Conference 2018 (SDC 2018) memperlihatkan pelbagai penambahbaikan padanya, seperti fungsi “Focus Block” yang menempatkan sebilangan aplikasi penting pada skrin, mod malam untuk pengalaman yang lebih selesa dalam persekitaran gelap dan banyak lagi.

One UI yang berasaskan Android Pie ini selain disahkan bermula diedarkan Januari 2019 pada Galaxy Note 9, S9 dan S9+, susulan daripada itu tiga lagi peranti tahun 2017 iaitu Galaxy Note 8, S8 dan S8+ juga akan menerima kemas kini Android Pie.

Pemegang ketiga-tiga peranti pintar ini tentunya berasa sungguh gembira, kerana Samsung tidak lupakan anda semua. Buat masa kini masih tidak diketahui tarikh rasmi kemas kini akan diedarkan, kita nantikan selanjutnya dari Samsung.

[ SUMBER ]

 

Baca Juga: