
Umum mengetahui hari ini merupakan jualan rasmi bagi iPhone terbaharu dan juga Apple Watch Series 4 di Malaysia, selepas ianya dibuka untuk sesi tempahan pada 16 Oktober yang lepas.
Pembelian iPhone Xs, Xs Max dan XR kini sudah boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi Apple Malaysia, platform e-dagang seperti Lazada atau Shopee dan juga kedai pengedar rasmi produk seperti Machines atau Switch.
Selain itu, kepada pelanggan yang telah membuat pra-tempah melalui iTworld boleh mengambil peranti mereka seawal pukul 9 pagi tadi. 10 pelanggan pertama yang beratur di iTworld The Starling, Petaling Jaya akan pendapat pengecasan pantas tanpa wayar secara percuma. Manakala pelanggan ke-11 sehinga 50 pula akan mendapat hadiah menerusi cabutan bertuah.

Ada berita baik juga buat pelanggan Citibank, di mana mereka boleh membeli iPhone terbaharu dan Apple Watch Series 4 secara ansuran sehingga 36 bulan.
Selain telefon pintar dan jam tangan Apple, iTworld turut menjual aksesori seperti sarung dan skrin pelindung dengan tawaran harga yang berpatutan. Jadi tunggu apa lagi, cepat ke iTworld sekarang!
Harga iPhone Xs Max :

- RM5,399 (64GB)
- RM6,099 (256GB)
- RM7,049 (512GB)
Harga iPhone Xs :

- RM4,999 (64GB)
- RM5,699 (256GB)
- RM6,649 (512GB)
Harga iPhone XR :

- RM3,599 (64GB)
- RM3,849 (128GB)
- RM4,299 (256GB)

Apple Watch Series 4 :

- RM1,749 (40mm)
- RM1,899 (44mm)

