- Iklan -

Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, vivo Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan v11i dalam varian warna baru iaitu Fairy Pink ke pasaran tempatan dan boleh didapati dengan harga jualan RM1,299 seunit!

Mansasarkan kepada mereka yang fanatik dengan warna merah jambu, reka bentuk v11i Fairy Pink terlihat sangat premium dan tampil lebih menyerlah di samping menerima sentuhan eksklusif yang direka khas untuk tambat hati ramai pengguna.

 

Fakta Menarik Mengenai Vivo V11i Fairy Pink, Apa Anda Perlu Tahu?!

#1 Kepuasan Paparan Skrin Maksima

V11i Fairy Pink didatangkan dengan paparan skrin bersaiz 6.3 inci FHD+ bersama panel IPS LCD bersama rekaan skrin takuk kecil sebesar titisan air yang dikenali sebagai Halo Full View Display. Selain itu, ia juga hadir dengan penggunaan ruangan yang sedikit mampu mencapai nisbah skrin ke kerangka sebanyak 90.4%. Disamping itu, rekaannya juga sangat ergonomik daripada setiap sudut sekaligus memberikan keselesaan kepada pengguna ketika memegang. Memang terbaik!

 

#2 Spesifikasi Padu, Beri Lebih Keseronokan

Dari segi spesifikasi, telefon pintar dijana oleh MediaTek Helio P60 yang pasti memberi pengalaman penggunaan lebih lancar di samping pelayaran ‘multitasking’ cukup terbaik. Ia turut dibantu oleh memori sebesar 4GB RAM bersama storan dalaman 128GB ROM yang besar.

Jika tidak mencukupi, ia turut ditambah dengan kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 256GB bagi menawarkan lebih banyak ruangan penyimpanan untuk pengguna menyimpan semua aplikasi penting.

Selain itu, ianya beroperasi menggunakan FunTouch OS 4.5 (Android 8.1) dibantu oleh sokongan pembantu maya Jovi yang berfungsi menguruskan setiap operasi memori dan CPU bagi memastikan penggunaan peranti berjalan dengan lancar.

 

#3 Fotografi Bak Profesional, Penggambaran Lebih Menarik

Dari segi penggambaran, ia didatangkan dengan kamera utama yang unggul iaitu gabungan lensa 16 MP + 5MP bersama fungsi kecerdasan buatan sekaligus boleh merakam gambar yang lebih cantik.

Selain itu, ia turut menyediakan sejumlah fungsi menarik tambahan antaranya seperti :

  • HDR latar belakang AI – mampu mengesan intensiti cahaya di sekeliling walaupun dalam keadaan gelap.
  • Mod lampu rendah – untuk penggambaran cahaya yang minima.
  • Pengiktirafan pemandangan AI – boleh mengesan subjek serta membuat ketetapan bagi menghasilkan gambar terbaik.

Berlainan pula pada kamera hadapan, telefon pintar ini dibekalkan dengan lensa beresolusi 25MP. Kamera hadapan juga dilengkapi dengan ciri-ciri yang disukai ramai termasuk AI Face Shaping yang boleh menjadikan wajah pengguna kelihatan lebih slim dan sistem Funmoji yang boleh dikatakan adalah jawapan pihak vivo kepada Animoji.

 

#4 Pengimbas Cap Jari Pada Panel Belakang

Pengimbas cap jari bagi model ini terletak di bawah lensa kamera di panel belakang dan terlihat agak mudah dicapai. Lebih menarik, prestasi pengimbas cap jari ini boleh dikatakan cukup pantas apabila menyahkunci peranti. Bukan itu sahaja, pengimbas cap jari tersebut boleh diaktifkan untuk lebih daripada 1 pengguna. Tidak ketinggalan, vivo turut menyertakan fungsi Face Unlock sebagai sokongan alternatif.

 

#5 Jangka Hayat Bateri Terbaik

Telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri sebesar 3,315 mAh. Meskipun tidak berada pada tahap bateri yang berkapsiti besar seperti peranti lain di pasaran namun telefon pintar ini menjanjikan jangka hayat bateri yang terbaik.

Tambahan pula, ia turut mendapat sokongan teknologi Dual-Engine Fast Charging yang mana dikatakan membawa pengalaman pengecasan dua kali lebih baik berbanding pengecasan standard.

 

CONTOH HASIL GAMBAR 

 

ULASAN EDITOR 

Rasanya, tidak keterlaluan untuk kami katakan v11i antara produk terbaik tahun ini. Telefon pintar ini bukan sahaja mempertaruhkan sistem pemprosesan yang padu malah tampil menyerlah dari segi peggambaran. Prestasi kameranya ternyata sangat memuaskan malah dilihat aspek harganya yang berbaloi, telefon ini adalah sangat mampu milik untuk dimiliki!

 

Baca juga: