
Setaraf Mate 20 Pro – Google Pixel 4 Mencapai Skor 112 Pada Ujian DXOMark
Siri Google Pixel 4 telahpun dilancarkan di luar negara, terkini skor ujian DXOMark bagi model Pixel 4 turut dikongsikan di laman rasmi mereka.
Google Pixel 4 berjaya berada di carta top 10 dengan skor 112, yang mana setaraf dengan Mate 20 Pro. Secara keseluruhannya, Pixel 4 boleh dikatakan menerima peningkatan yang ketara pada kali ini berbanding peranti sebelum ini dalam menawarkan prestasi kualiti gambar yang memuaskan.
Dengan tawaran harga $799 (kira-kira RM3,348) bagi model Pixel 4 dan $900 (kira-kira RM3,770) bagi model Pixel 4 XL, adakah masih menjadi pilihan utama anda?
________________
BACA JUGA:
- Google Pixel 4XL Ditabal Skrin Terbaik Oleh DisplayMate – Catat Skor A+!!!
- Google Pixel 4 & Pixel 4 XL Kini Rasmi – Hadir Dengan Cip Pemproses Snapdragon 855!!

