Teknik Memuat Turun Kemas Kini Yang Dikunci Berdasarkan Lokasi

1 3

Kami ada sikit teknik nak dikongsikan dengan anda. Kita sudah biasa mendengar pihak pengeluar menjanjikan pelancaran kemas kini pada sekian-sekian tarikh, namun kadang kala kita perlu menunggu dengan lebih lama untuk mendapatkan kemas kini tersebut. Jadi kami akan kongsikan satu teknik untuk mendapatkan kemas kini sistem operasi walaupun ia belum dilancarkan lagi di lokasi anda.

Sebenarnya teknik ini menggunakan konsep yang amat simple, iaitu menggunakan VPN sebagai peng’olok’ lokasi. Contohnya saya menggunakan OnePlus 3 sebagai peranti utama dan OnePlus sudah pun melancarkan Android Nougat untuk OnePlus 3, tetapi pengguna di Malaysia masih belum boleh memuat turunnya secara OTA.

2 4

Jadi apa anda perlukan adalah aplikasi VPN, saya sarankan anda menggunakan Opera VPN. Setelah siap muat turun, lancarkan aplikasi dan kenal pasti negara yang sudah menerima kemas kini terbaru. Untuk kes OnePlus, salah satu negara yang kebiasaannya mendapat kemas kini terawal adalah Jerman, jadi saya pilih Jerman sebagai lokasi palsu.

Selepas itu pergi ke bahagian Settings > System updates dan cari kemas kini. Muat turun kemas kini OTA tersebut dan pasang kemas kini tersebut. Sekarang peranti anda sudah menggunakan versi terbaru sistem operasi, sungguh mudah.

 

 

You might also like