Android Nougat Versi Umum Sudah Dilancarkan Untuk Peranti OnePlus 3

headerOnePlus telah melancarkan Android Nougat versi Open Beta pada bulan Dissember yang lalu, dan menjanjikan bahawa versi umum akan dilancarkan pada awal tahun 2017.

Kini mereka telah mengotakan janji mereka dengan mengumumkan pelancaran versi tersebut semalam melalui forum mereka. Kemas kini OTA itu bagaimanapun akan dilepaskan secara berperingkat. Kami telah pun memeriksa kemas kini tersebut dan nampaknya pengguna di Malaysia masih belum boleh mendapatkannya dan mungkin terpaksa menunggu beberapa hari lagi sebelum kemas kini tersebut tersedia di sini.

1Untuk melihat informasi semasa Android Nougat versi umum, anda boleh layari forum OnePlus.

You might also like