
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, pasti ramai yang sudah siap sedia merancang untuk mengemas dan menghias rumah. Bila dah siap kemas nanti mesti badan pun dah penat dan malas keluar untuk ber-shopping. Tidak apa, sebab korang boleh shopping dalam Shopee dan ada tawaran istimewa untuk mereka yang membeli-belah dengan Shopee.
Kempen “Huat Kaw Kaw” yang baru sahaja dilancarkan menawarkan anda pelbagai produk pada harga istimewa terdiri daripada peranti pintar, barangan elektronik, barangan kesihatan, produk bayi dan bermacam-macam lagi. Selain itu ada tawaran “Crazy Mobile Deals” bagi beberapa model smartphone premium pada harga tidak masuk akal.
Apalah Tahun Baru Cina tanpa Ang Pao, sebagai persiapan menjelang perayaan ini, Shopee juga akan memperkenalkan ‘Fortune Ang Pao’ untuk anda semua. ‘Fortune Ang Pao’ edisi terhad ini akan dijual pada harga RM1 di akaun rasmi Shopee dan Shopee_mamak. Ang Pao ini dilengkapi dengan baucar membeli-belah RM7 dan juga memberikan anda peluang untuk memenangi pelbagai hadiah dari Shopee terdiri daripada produk OPPO, Huawei, Samsung, tiket wayang, pakej percutian, baucer membeli-belah dan juga 888,888 syiling Shopee.

