
Aplikasi Cool: Flychat
Kami nak kongsikan satu aplikasi yang pasti akan memudahkan anda. Aplikasi Flychat yang akan kami perkenalkan ini akan menyelesaikan masalah membalas mesej ketika anda sedang sibuk dengan kerja atau permainan lain di smartphone anda.
Flychat menjadi aplikasi penghubung di antara anda yang sedang menggunakan aplikasi lain kepada aplikasi mesej seperti WhatsApp, WeChat, Messenger dan lain-lain. Di dalam aplikasi Flychat, anda boleh menetapkan aplikasi mesej yang anda mahu integrasikan dengan Flychat, contohnya apabila mesej dari rakan anda sampai ketika anda sedang bermain permainan, mesej tersebut akan dipaparkan dalam bentuk bubble dan akan terapung di tepi skrin. Anda boleh tap bubble tersebut dan membalas mesej rakan anda tanpa perlu keluar dari aplikasi permainan.
Aplikasi ini boleh diintegrasikan bersama aplikasi WhatsApp, Telegram, Hangouts, Line, Skype, Twitter, Threema, Textra, Facebook Messenger, Plus Messenger, Google Messenger dan Slack. Flychat ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android sahaja.