
Aplikasi Cool: Contacts Optimizer
Contacts Optimizer adalah salah satu pengurus contacts terbaik yang ditawarkan di Google Play Store, kerana ia percuma dan kualiti fungsinya sangat bagus. Pada bila-bila masa, anda boleh menambah kenalan baru dengan semua maklumat mereka untuk memudahkan anda menghubungi mereka melalui panggilan, SMS, WhatsApp, emel dan lain-lain.
Salah satu ciri-ciri lain yang mengagumkan Contacts Optimizer adalah keupayaannya untuk menyunting dan memadam contact berganda. Sekiranya rakan anda mempunyai beberapa emel atau nombor, aplikasi ini akan menganalisa maklumat tersebut dan menawarkan proses suntingan atau memadam maklumat yang berganda.