Super Mario Run Untuk Android Semakin Hampir! Anda Boleh Pra-Tempah Permainan Ini Untuk Peringatan!

headerNampaknya Super Mario Run tidak lama lagi akan dilancarkan untuk platform Android. Permainan ini telah disenaraikan di Google Play Store tetapi tidak lagi tersedia untuk dimuat turun. Pada masa kini, anda hanya boleh membuat pra-pendaftaran untuk permainan ini dan apabila ianya dilancarkan secara rasmi kelak, anda akan mendapat notifikasi untuk muat turun.

Super Mario Run telah dilancarkan untuk peranti iOS beberapa minggu lalu dan mendapat sambutan serta merta di kalangan pemain. Ia dimuat turun sekitar 37 juta kali dan menjana kira-kira USD 14 juta dalam tiga hari pertama.

1Permainan ini adalah percuma untuk memuat turun tetapi terhad kepada hanya tiga peringkat pertama sahaja. Jika anda mahu bermain pada semua peringkat, anda perlu membayar USD 9.99 (kira-kira RM 45). Jika anda berminat dengan permainan ini, anda bolehlah lakukan pra-tempah dahulu.

You might also like