iOS 11.2 Kini Sokong Pengecasan Pantas Tanpa Wayar

Apple baru sahaja membuka sokongan pengecasan pantas tanpa wayar untuk iPhone X, 8, dan 8 Plus melalui kemas kini iOS 11.2 terbaru.

Sebelum ini, iOS 11.1 masih lagi belum membolehkan iPhone untuk dicas tanpa wayar dengan pantas. Ia hanya dapat menyokong setakat 5W sahaja dan pada kemas kini baru ini ia mencapai sehingga 7.5W.

Pad pengecas AirPower tidak menyokong pengecasan pantas

Bagaimanapun, jumlah kuasa yang disalurkan ini masih tidak setanding peranti induk Samsung iaitu pada 15W – setidak-tidaknya pengguna iPhone tidaklah perlu menunggu lama untuk mengecas peranti.

Bagi pengguna iPhone X, 8, dan 8 Plus, pengecasan pantas tanpa wayar ini hanya boleh digunakan menerusi produk pihak ketiga iaitu Mophie dan Belkin atau lain yang masih menyokong sehingga 7.5W.

You might also like