MaxisONE Home Kini Berharga Serendah RM119

Kebiasan pada penghujung tahun, kita mesti ditawarkan promosi-promosi yang menarik. Begitu juga Maxis hari ini perkenalkan MaxisONE Home iaitu pelan internet tanpa had untuk seisi rumah dengan tawaran harga istimewa.

Kini MaxisONE Home berkelajuan tinggi boleh dilanggan pada harga RM119 untuk 10Mbps, sementara RM139 untuk 30Mbps sebulan. Selain itu, Maxis turut sertakan panggilan suara tanpa had ke semua talian seluruh negara secara percuma. Pelanggan yang mendaftar pula akan terikat dengan kontrak 24 bulan.

Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan baru dan sedia ada sehingga 31 Disember 2017. Selepas dari tarikh tersebut, harga akan berubah seperti biasa iaitu RM139 untuk 10Mbps dan RM179 untuk 30Mbps.

Bagi mereka yang ingin melanggan, anda boleh layari laman sesawang Maxis bermula hari ini.

You might also like