
3 Gajet Yang Boleh Digunakan Bersama Samsung Galaxy S10

dalam masa 2 hari lagi, Samsung akan melancarkan peranti terbaharunya, Samsung Galaxy S10 dan pastinya ramai yang tidak sabar menantikan kehadiran peranti ini di pasaran. Dalam satu muat naik tweet menerusi akaun SamCentral, terdapat 3 gajet yang boleh disambungkan pada peranti ini.
Galaxy Watch Active
Jam tangan ini dilihat akan menyasarkan pada golongan yang menjalankan gaya hidup aktif selari dengan namanya. Dikhabarkan, ia berkemungkinan disertakan dengan pengimbas cap jari, GPS dan lain-lain.
Galaxy Fit/Fit e
Tampaknya Galaxy Fit dan Fit e ini bakal mengantikan Gear Fit2 Pro. Jika kedua-dua peranti ini masih mengekalkan spesifikasi yang sama, ia berkemungkinan dihadirkan dengan pengimbas cap cari, bluetooth GPS dan lain-lain.
Galaxy Bud

Anda boleh mendengar lagu menggunakan Galaxy Bud. Dikhabarkan antara keupayaan yang dimiliki oleh gajet ini adalah ia mampu dicas secara wayarles Qi.
________________________
Baca juga:

