
ONEXOX kini menawarkan pelan prabayar fleksibel menerusi pelan Season Pass FAT, data pelan terbaik ini membolehkan pengguna melayari Internet pada harga yang berpatutan. Pelanggan boleh memilih Season Pass FAT 10GB pada harga RM50 atau pelan 5GB dengan harga RM30. Pelan ini sah untuk tempoh sehingga 28 bulan dari tarikh pembelian, memberikan pengguna tempoh sah paling lama di pasaran.
Pelanggan baru boleh menikmati kelebihan menarik, dengan data 10GB percuma serta-merta dengan pembelian pakej Season Pass FAT 10GB atau data 5GB percuma serta-merta selepas pembelian pakej Season Pass FAT 5GB.
Pelan baharu ini ialah lanjutan daripada Season Pass XOX Mobile yang membolehkan pengguna menghimpunkan semua data, minit dan SMS masing-masing. Setiap kali pelanggan mengaktifkan Internet mudah alih bulanan, ia akan dipotong terus daripada himpunan data Season Pass FAT. Pelan ini juga membolehkan pelanggan berkongsi data, minit dan SMS dengan mana-mana pengguna XOX MOBILE yang lain.
Untuk membeli pelan ini, pelanggan hanya perlu membeli pek permulaan prabayar ONEXOX, kemudian hantar pesanan ringkas SP FAT10 atau SP FAT5 KE 23388. Pelanggan kemudian boleh menggunakan data dengan mengaktifkan pelan (*150#) atau berkongsi data tambahan dengan semua pengguna XOX Mobile.
Pelan ini sah bagi pelanggan baru yang diaktifkan mulai 23 Mei 2017 dan akan dikendalikan sehingga 31 Ogos 2017.