
U Mobile hari ini mengumumkan bahawa mereka adalah syarikat telco yang pertama di Malaysia membawakan rangkaian 4.5G pada 1800MHz dan 2600MHz kepada penggunanya. Peningkatan jaringan ini membolehkan pengguna menikmati kelajuan 2x ganda berbanding 4G yang disediakan sebelum ini.
Buat masa ini, pengguna telefon pintar Huawei P10 Plus boleh menikmati rangkaian sangat laju ini. Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck telah merasmikan perkhidmatan ini di Johor Bahru, menjadikan ia kawasan pertama di Malaysia yang menyokong rangkaian tersebut. Tambahan lagi, U Mobile akan melabur dalam teknologi ini dengan jumlah melebihi RM1 billion untuk tahun 2017. Sebahagian pelaburan besar ini akan disalurkan kepada spektrum tambahan iaitu spektrum 1800MHz telah dilancarkan baru-baru ini, manakala spektrum 900MHz bakal diaktifkan pada 1 Julai 2017 depan.
Selepas Johor Bahru, kawasan Ipoh, Pulau Pinang dan Lembah Klang pula akan menerima perkhidmatan 4.5G dari U Mobile.

