Digi Mulakan Ujian VoLTE Pada Rangkaian 4G LTE

volteDigi baru-baru ini telah memulakan ujian teknologi Voice-over-LTE (Long Term Evolution) pada rangkaian 4G LTE. Ia meliputi 1 dalam 2 rakyat Malaysia hari ini yang menggunakan Internet berkelajuan tinggi. Penambahan teknologi Voice-over-LTE atau lebih dikenali sebagai VoLTE, berupaya meningkatkan lagi pengalaman pelanggan.

VoLTE adalah teknologi yang menawarkan panggilan suara melalui rangkaian 4G LTE. Dengan rangkaian 4G LTE, ia sememangnya sesuai untuk membuat panggilan suara lebih tinggi daripada tempoh 2G dan rangkaian 3G. Bukan itu sahaja, VoLTE juga menyokong teknologi pembatalan bunyi terutamanya ketika anda berada dipersekitaran yang bising. Tetapi ia bergantung kepada smartphone yang digunakan untuk membuat panggilan.

Satu lagi kelebihan VoLTE, ia membolehkan anda melayari Internet dan memuat turun pada kelajuan 4G LTE walaupun ketika sedang membuat panggilan suara. Pelaksanaan ujian VoLTE ini telah dijalankan dan pelanggan boleh menikmati pengalaman panggilan yang lebih baik pada smartphone 4G LTE selewat-lewatnya pada tahun 2016.

digi-mulakan-ujian-volte-pada-rangkaian-4g-lte

You might also like