
Bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini, Samsung Malaysia Electronics menawarkan ganjaran menarik untuk pengguna setia yang membeli salah satu daripada tiga model keluarannya iaitu Samsung Galaxy S8, Galaxy S8+ ataupun Galaxy Note8.
Bermula dari 22 Januari sehingga 15 Februari 2018 ini, setiap pembelian salah satu daripada model tersebut akan ditawarkan sekali dengan baucar daripada Senheng atau senQ yang bernilai RM388 sempena kemeriahan musim perayaan ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengaktifkan aplikasi mySamsung dan klik sahaja pada menu ‘Joy of Prosperity Rewards’ untuk menerima baucar tersebut. Ganjaran ini hanya terbuka untuk 6,945 pelanggan yang terawal sahaja.
Anda boleh menggunakan e-baucar tersebut dengan pembelian mana-mana produk keluaran Samsung yang seterusnya di cawangan Senheng atau senQ di seluruh negara sebelum 25 Februari 2018 nanti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Samsung.

