vivo V9 Dikesan Di Pengkalan SIRIM

Sebelum ini vivo Malaysia telah berkongsi gambar teaser mengenai model terbarunya iaitu vivo V9. Tanpa kita sedar vivo Malaysia akan membawa masuk model terbaru mereka, vivo V9 ke Malaysia lebih awal dari jangkaan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, terdapat sebuah peranti baru milik vivo dengan kod nama ‘vivo-1723’ di pengkalan data dan pensijilan SIRIM yang telah menjalani ujian serta telah mendapat kelulusan untuk dipasarkan tidak lama lagi. Menurut pencarian kami di Google, model dengan kod nama tersebut adalah model V9.

Bagi yang belum tahu, vivo V9 bakal tampil dengan kamera hadapan beresolusi 24 Megapiksel serta paparan skrin ‘rongak’ yang menjadi trend hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran ini, terus ikuti Facebook vivo Malaysia.

You might also like