Celcom Akhiri Tahun 2017 Dengan Prestasi Membanggakan

Michael Kuehner, Chief Executive Officer, Celcom Axiata Berhad

Celcom Axiata Berhad mencatatkan prestasi membanggakan dan mengakhiri 2017 dengan penambahbaikan prestasi selepas tiga tahun mencatatkan penurunan.

Strategi Celcom untuk memberikan pengalaman pelanggan yang hebat dalam setiap bahagian perjalanan pelanggan, kini memperlihatkan hasil. Syarikat telah mencatatkan pertumbuhan dalam dengan Skor Promoter Purata Transaksi Runcit (tNPS) kepada 68 mata, berbanding 66 mata pada suku tahun yang lalu dan 58 mata dalam suku tahun ketiga tahun lepas.

Penambahbaikan pada suku pertama tahun ini juga mula diperlihatkan, di mana sebahagian daripadanya disumbangkan oleh wajah baru premis Celcom BlueCube, yang diperkenalkan pada suku akhir tahun lepas. Celcom mensasarkan 60% sehingga 80% premis BlueCube akan diberikan wajah baru pada tahun 2018.

Jennifer Wong Chui Fen, Chief Financial Officer

Selain itu, Pusat Khidmat Pelanggan Celcom turut mencatatkan kenaikan ketara dalam Skor Promoter Purata dalam suku keempat 2017, melalui penambahbaikan proses dan pelaksanaan keupayaan yang terkini untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Laman rasmi baru Celcom juga telah diperkenalkan dengan reka bentuk yang lebih segar dan ringkas. Syarikat turut melancarkan beberapa usahasama yang membolehkan pelanggan menikmati kemudahan serta ganjaran atas kesetiaan mereka.

Michael turut menyatakan bahawa penambahbaikan rangkaian Celcom adalah antara faktor yang memberi sumbangan besar kepada kejayaan tersebut. Celcom berbangga dengan pencapaian yang ketara dalam pengembangan liputan populasi 4G dan LTE-A yang masing-masing telah mencapai 87% dan 74%.

Perancangan Seterusnya

Sepanjang 2017, Celcom telah menumpukan usahanya dalam menstabilkan hasil dan kembali mencatat pertumbuhan. Momentum ini akan diteruskan lagi dalam 2018, di mana Celcom akan terus fokus kepada strategi utama dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat.

Ia akan meliputi kepantasan dalam usaha digitalisasi serta transformasi dan penambahbaikan dalam cara Celcom berinteraksi dengan pelanggan dan rakan niaga melalui saluran pilihan mereka.

Kami akan menyediakan pengalaman yang lebih Insani di samping memfokuskan kepada automasi dan menambah kepantasan dalam penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan akhir.

You might also like