Adakah “Selfie Expert” Terbaru Ini Bakal Menggantikan OPPO F5?

OPPO F5 sudah berada di pasaran Malaysia hampir setahun lamanya. Seperti kebiasaan, para pengeluar akan menggantikannya dengan generasi yang baharu. Terkini, OPPO India telah memuat naik satu gambar dimana ia menunjukkan OPPO F7 akan hadir di pasaran negara itu tidak lama lagi.

Sebelum ini, kami ada bawakan artikel mengenai OPPO R15 dan R15 Plus bakal dilancarkan di pasaran China. Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi peranti dijangka OPPO F7 turut dilancarkan. Ketiga-tiga peranti kemungkinan besar menawarkan spesifikasi yang hampir sama iaitu skrin penuh dengan ‘rongak’ di bahagian atas.

Jika dikaitkan dengan OPPO R15, kemungkinan OPPO F7 ini dilengkapi paparan 6.2-inci FHD+ dengan nisbah skrin 19:9. Khabar angin juga mengatakan kamera depan kini dipertingkatkan dengan sensor lebih maju iaitu 25 Megapiksel membawakan ciri “Selfie Expert”. Ciri ini tidaklah baru tetapi ia pernah ditampilkan pada OPPO F5 sebelum ini.

Ada ura-ura mengatakan perkakasan dalaman akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 670 atau MediaTek Helio P6. Jika cip ini digunakan, ia bakal membawa sistem operasi Android 8.0 Oreo bersama-sama.

Adakah OPPO F7 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi? Kita nantikan pengumuman rasmi daripada OPPO sendiri.

You might also like