
OPPO Berkongsi Teaser R15 / R15 Plus Dengan Skrin ‘Rongak’
Melalui laman sesawang Weibo, OPPO baru sahaja berkongsi sekeping gambar teaser terbaru. Kali ini memperlihatkan sebuah peranti seakan iPhone X dengan skrin penuh. Difahamkan, ia merupakan telefon pintar induk yang dinamakan OPPO R15 dan R15 Plus. Kedua-dua peranti mungkin didatangkan dengan dua saiz berbeza dalam masa sama hadir dengan bezel nipis bersama ‘rongak’ di bahagian atas.

Dengan pengenalan peranti terbaru ini, OPPO bakal mengikut jejak langkah rakan pengeluar lain dalam memperkenalkan peranti moden dengan rekaan skrin penuh. Seperti sedia maklum. ikutan semasa ini telah dipopularkan oleh Apple sementara ia sebenarnya dimulakan oleh Sharp dan Essential.
OPPO masih belum mengulas lanjut berkenaan OPPO R15 dan R15 Plus tetapi, ia bakal dilancarkan tidak lama lagi dengan pemproses terbaru Snapdragon 700 bersama ciri kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan Qualcomm pada MWC 2018 yang lepas.

