New Pebble Smartwatch? OMG!

5.1Siapa kenal Pebble? Kalau korang kenal dan minat, lebih baik menabung dari sekarang sebab nampaknya tak lama lagi Pebble akan melancarkan smartwatch terbaru, rasanya lah. Teaser tersebut boleh korang tengok di laman web Pebble yang memaparkan countdown pengumuman tidak lama lagi. Itu pengumuman je baru, sempat lagi nak menabung sebelum membeli.

Kepada yang tidak familiar dengan nama Pebble, mari sini editor ceritakan serba sedikit. Pebble pada mulanya adalah projek Kickstarter di mana usul projek tersebut telah menerima tajaan dana yang melebihi jangkaan dan menjadi salah satu projek Kickstarter paling berjaya. Apa yang lebih mengagumkan adalah Pebble mampu bertahan selepas melancarkan peranti pertama dan berdiri sebagai sebuah syarikat teknologi yang teguh.

5.2Kelebihan peranti Pebble adalah mereka berpegang teguh kepada identiti dan prinsip mereka, kesemua peranti mereka menawarkan fungsi yang minimal, reka bentuk yang versatil (dari geeky hinggalah ke elegan) dan juga tempoh penggunaan yang panjang.

Di situlah kekuatan Pebble berbanding pesaing-pesaing mereka di pasaran. Apa kata korang cuba tengok-tengok produk Pebble, mana tahu ada yang berkenan di hati. Yang penting tunggu pengumuman yang akan dilakukan nanti. Jumpa lagi!

You might also like