Google Chromecast Ultra Dengan Sokongan 4K!

ultra-landing-hardwareGoogle Chromecast yang menjadi peranti popular mereka kini hadir dengan edisi yang lebih berkuasa dengan sokongan 4K dan HDR! Chromecast Ultra yang telahpun memasuki siri ketiga merupakan sebuah peranti yang boleh memaparkan kandungan dari smartphone ke skrin besar dengan lebih mudah.

ultra-landing-4kDengan sokongan video Ultra HD 4K, HDR dan Dolby Vision menggunakan sambungan wayarles yang lebih pantas, anda mampu menikmati rancangan kandungan menarik seperti YouTube, Netflix, Spotify dan sebagainya pada kualiti resolusi yang tinggi.

Malah, sokongan sambungan wayar Ethernet pada bahagian adapter Chromecast Ultra juga tersedia, selain sokongan WiFi.

unlimited-entertainment-bgGoogle Chromecast Ultra akan mula di jual di Amerika Syarikat pada bulan November depan, dengan harga USD 69 (kira-kira RM 285). Untuk pengetahuan pembaca, Chromecast versi kedua telahpun dijual di Malaysia dan berharga RM 199.

You might also like