
Empat Produk Acer Diiktiraf Di Pameran CES 2018
Baru-baru ini pameran teknologi CES 2018 telah berlangsung di California, AS. Acara ini telah disertai oleh pelbagai jenama serata dunia dalam mempamerkan produk termasuk jenama komputer iaitu Acer.
Sebanyak empat buah produk telah diiktiraf oleh pihak penganjur antaranya laptop Swift 7 Black Edition, Predator Orion 9000, desktop Predator X27, dan sebuah lagi namanya akan diumumkan Januari kelak. Empat daripada 28 kategori telah disumbangkan oleh Acer melalui pilihan juri termasuk dari segi kejuruteraan, astetik dan kualiti rekaan.

Acer Swift 7 Black Edition adalah komputer riba 2-dalam-1 pertama di dunia tidak dilengkapi kipas tetapi menggunakan sistem penyejuk yang dinamakan LiquidLoop. Manakala, Predator Orion 9000 pula desktop gaming berkuasa untuk memainkan aplikasi VR dengan sokongan resolusi lebih daripada 8K UHD.
Sementara, Predator X27 dibina khusus untuk gaming yang membawakan permainan dengan NVIDIA G-SYNC HDR pada resolusi 4K dengan kadar segar -semula sehingga 144 Hz. Monitor dengan keterangan 1,000 nits pula menyokong 99% warna gamut RGB turut membolehkan kadar respon sepantas 4 ms.
Dengan pengiktirafan ini sekaligus ia dapat meningkatkan lagi pemasaran Acer kepada orang ramai. Malah, inovasi yang dibawakan juga sedikit sebanyak membuka pintu kepada jenama lain untuk menghasilkannya.

