OnePlus 3 Dan 3T Mula Terima Kemas Kini OxygenOS 5.0

Apabila disebut sahaja tentang sokongan kemas kini yang berterusan, peranti keluaran OnePlus adalah antara yang terbaik kerana ia sering menerima kemas kini terbaru. Ini jelas dapat dilihat apabila OnePlus telah mengumumkan ketersediaan kemas kini OxygenOS 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo untuk dua model popular keluarannya iaitu OnePlus 3 dan juga 3T melalui forum OnePlus.

Sebagaimana yang telah dijanjikan, OnePlus sebelum ini telah mengumumkan untuk melepaskan kemas kini rasmi Android 8.0 Oreo pada penghujung tahun 2017, iaitu dua bulan selepas versi beta diperkenalkan dalam kuantiti yang terhad. Hari ini pemilik kedua-dua model OnePlus 3 dan 3T sudah boleh memuat turun kemas kini Android 8.0 Oreo itu melalui kaedah OTA (Over-The-Air) melalui peranti masing-masing. Sungguhpun begitu, ketersediaan kemas kini itu dibuat secara berperingkat dan tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kedua-dua model itu di negara ini sudah menerimanya atau belum.

Antara pembaharuan dan penambahbaikan yang dapat ditawarkan pada kemas kini Android 8.0 Oreo untuk OnePlus 3 dan 3T adalah seperti berikut :

SISTEM

  • Kemas kini Android 8.0 Oreo

  • Sokongan Parallel Apps

  • Sokongan Picture in Picture

  • Sokongan Auto-fill

  • Sokongan Smart Text Selection

  • Rekaan Quick Settings diperbaharui

LAUNCHER

  • Sokongan dot notifikasi

  • Rekaan App Folder diperbaharui

  • Keupayaan untuk memuat naik gambar terus ke Shot pada OnePlus

You might also like