Laptop Dell Latitude Siri 7000 Dan 5000 2-dalam-1 Dilancarkan Pada Harga Bermula RM4399

Pasaran laptop hari ini dimeriahkan lagi dengan beberapa produk daripada jenama Dell. Hari ini Dell Malaysia melancarkan dua lagi model terbaharu dibawah nama Latitude iaitu Latitude 7390 dan Latitude 5290, sebuah laptop yang boleh-diubah menjadi 2-dalam-1.

Dell Latitude 13 7390 mendapat rekaan lebih segar kerana kali ini ia dibina dengan lebih ringan dan lebih nipis. Selain itu, isi dalaman turut mendapat tingkat taraf menjadikan ia sebuah laptop yang berkuasa dan efisyen dalam melakukan setiap tugasan termasuk ciri pen-to-paper (menulis pada skrin).

Dikuasakan oleh Intel Generasi ke-8 dan memori SSD Pcle, laptop ini tiada masalah daripada segi prestasi, malah ia lebih selamat digunakan dengan adanya sistem keselamatan berteknologi Dell ControlVault 2.0. Disamping itu sistem pengimbas cap jari, pembaca kad pintar sentuh, dan kamera infra-merah dimuatkan untuk memperkukuhkan sistem keseluruhan laptop.

Model seterusnya pula ialah Dell Latitude 12 5290, dimana laptop dilengkapi skrin yang lebih kecil dengan saiz dimensi lebih kurang sama dengan model abangnya (13 7390). Tawaran pada laptop ini pula diberikan beberapa ciri menarik seperti pembaca kad pintar FIPS 201, pembaca kad pintar menggunakan NFC yang memberikan produktiviti kepada pengguna.

Pada saiz yang tidak begitu besar laptop ini lebih mudah untuk diletakkan kerana dibina bersama tapak yang boleh didirikan. Integrasi Windows Hello sekaligus menjadikan ia sebuah laptop yang moden dan canggih bagi menyokong sistem keselamatan pada kamera IR dan pembaca kad biometrik, ControlVault 2.0 dan FIPS 140-2.

Dell menawarkan kedua-dua model 2-dalam-1 ini pada harga RM6,042 (Dell 13 7390 Core i5) dan RM5,711 (Dell 12 5290) setiap satu yang dijangka dipasarkan pada bulan ini.

Selain itu, untuk versi laptop biasa Dell 13 7390 (Core i7) dan Dell 12 5290 dijual pada harga bermula RM4,399 seunit.

You might also like