
Xiaomi Black Shark Akan Dilancarkan Pada 13 April 2018
Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai khabar angin yang mana Xiaomi akan hadir telefon pintar gaming mereka sendiri, iaitu Xiaomi Black Shark.
Dikhabarkan telefon gaming ini akan dilancarkan pada 13 April 2018, dan media di China telah menerima jemputan ke acara tersebut. Beberapa imej telefon pintar ini juga telah dimuat naik ke beberapa laman sesawang dan sosial.

Tiada banyak maklumat yang dibocorkan, kemungkinan Black Shark akan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 845, RAM sebesar 6GB dan storan 128GB serta menawarkan skrin 120HZ sepertimana Razer Phone. Untuk kepastian mengenai telefon gaming ini, nantikan kemunculannya tidak lama lagi!


