Huawei G9 Plus, Peranti Kelas Pertengahan Sokong Rakaman 4K?!

1Dua hari yang lepas Facebook Honor Malaysia telah berkongsi mengenai peranti Honor 8 yang bakal memasuki Malaysia tidak lama lagi, semalam bertempat di China, Huawei sekali lagi telah melancaran peranti terbarunya dari kelas pertengahan dikenali dengan nama G9 Plus.

2

EMUI yang dipertingkatkan memberi akses yang lebih lancar.
EMUI yang dipertingkatkan memberi akses yang lebih lancar.

Menampilkan paparan skrin berukuran 5.2 inci dengan HD penuh, ia telah dikuasakan oleh Snapdragon 625 serta menawarkan memori RAM 3GB bersama memori dalaman 32GB. Istimewanya G9 Plus ini, penggambaran utamanya yang beresolusi 16 Megapiksel F2.0 dengan sokongan OIS mampu membuat rakaman video 4K. Ini secara langsungnya menjadi tarikan utama pada G9 Plus yang dikelaskan pada peranti pertengahan.

Kerangka unibodi logam hadir dengan paparan skrin 2.5D Curved glass, tampak lebih premium dan selesa dipegang.
Kerangka unibodi logam hadir dengan paparan skrin 2.5D Curved glass, tampak lebih premium dan selesa dipegang.
Teknologi pengimbas cap jari yang sangat pantas, hanya 0.3 saat untuk mengakses.
Teknologi pengimbas cap jari yang sangat pantas, hanya 0.3 saat untuk mengakses.

Dari segi bateri pula, ia menyokong bateri berkapasiti 3340mAh yang disertakan bersama sokongan pengecasan pantas melalui port USB Type-C. Bagi menjaga privasi telefon pintar ini, teknologi pengimbas cap jari turut tersedia. Dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, Huawei G9 Plus telah dijual pada harga RMB 2399 (kira-kira RM 1447) di pasaran China.

 

You might also like