Jam Tangan Pintar Meizu Didedahkan!

5

Meizu, sebuah syarikat pengeluaran telefon pintar terkemuka yang bertapak di China telah mempamerkan jam tangan pintar pertama mereka yang dikenali sebagai Meizu Mix.

Bergerak setapak ke hadapan, Mix menampilkan penggunaan jam analog yang diintegrasikan menggunakan sokongan Bluetooth 4.0 LE, di mana anda boleh menyambungkan Meizu Mix dengan smartphone tanpa masalah.

1 Sebuah lampu LED turut disertakan untuk memudahkan pengguna melihat notifikasi, selain daripada sokongan gegaran yang tersedia padanya. Meizu Mix juga turut hadir dengan sokongan kalis air, bateri berkapasiti 270mAh pula mampu bertahan sehingga 240 hari.

Meizu-Mix-smartwatch_126 - AppsDioperasikan oleh YunaOS, Meizu Mix turut disediakan dengan sebuah aplikasi khas untuk memantau tahap kecergasan seharian anda. Ditawarkan dalam tiga versi berbeza yang diperbuat daripada Denim, Leather dan Stainless Steel, manakala harga jualannya adalah RMB 999 (kira-kira RM 602), RMB 1299 (kira-kira RM 784), serta RMB 1499 (kira-kira RM 904).

 

You might also like