
Pra-Tempah Apple iPhone 7 Kini Sudah Bermula?!

Apple iPhone 7 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi tetapi adakah kenyataan ini benar?! Ya anda membacanya dengan betul, Legend selaku syarikat yang terkenal dengan peranti mewahnya kini sudah mula menerima pra-tempahan Apple iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus yang akan menerima sentuhan mewah dalam tiga rekaan berbeza iaitu Momentum, Classique dan juga Classique Diamond.
Ini bermaksud pra-tempahan yang mula dibuat itu hanya terhad untuk anda yang ingin memiliki iPhone 7 dan iPhone 7 Plus versi terhad yang akan disaluti dengan Rose Gold, Platinum ataupun Black Rhodium sahaja dan bukannya iPhone 7 biasa.

Lebih menariknya, Legend juga telah mengesahkan bahawa pra-tempahan itu hanya tersedia dalam versi 256GB sahaja, sekaligus mengesahkan kehadiran satu lagi pilihan kapasiti memori untuk model tersebut yang sebelum ini hanya terhad setakat 128GB.

