
Spesifikasi Xiaomi Redmi 5 Kini Diketahui
Gambar yang telah dikongsikan oleh China Weibo telah melihatkan iklan rekaan dan spesifikasi Xiaomi Redmi 5 yang tidak lama lagi akan dilancarkan. Sebelum ini kami ada kongsikan artikel mengenai Xiaomi Redmi Note 5A dan kemungkinan kedua-dua peranti ini akan dilancarkan serentak.
Berdasarkan gambar, Xiaomi Redmi 5 akan dilengkapi dengan dua pilihan, salah satunya menggunakan cip Snapdragon 625 dan 3GB RAM, manakala satu lagi dengan cip Snapdragon 630 dan RAM sebanyak 4GB. Masing-masing akan menyediakan ruang storan 32GB dan 64GB yang menyokong slot kad microSD.
Telefon pintar ini juga akan dibekalkan dengan paparan 5 inci 1920 x 1080 berserta bateri berkapasiti 3,680mAh. Sementara, kamera menyediakan 16 Megapiksel di belakang dan 5 Megapiksel di depan. Xiaomi Redmi 5 menerima pengoperasian Android 7.1.1 Nougat dan juga MIUI akan ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.
Tanda harga bagi Xiaomi Redmi 5 bermula dari RM541 sehingga RM696 bermula di China nanti.

