Nak Tahu Cara Gimbal Stabilization & Extreme Night Mode Pada Siri vivo X50 Berfungsi? – Baca Ni!!

Pasti kini semua mengetahui bahawa siri vivo X50 ini tampil dengan ciri yang sangat WOW iaitu Gimbal Stabilization dan Extreme Night Mode. Tapi tahukah anda bagaimana dua fungsi ni memberikan prestasi terbaik kepada anda? Meh kami kongsi!

Gimbal Stabilization

Kalau korang nak tahu, peranti ini hadir dengan lensa yang sangat baik yang mana ia hadir dengan 2 ball suspension mount yang boleh berpusing. Ia mampu menjejak objek dengan sangat pantas. Nak tahu kenapa? Kerana ia hadir dengan pergerakan mekanikal yang mampu memberikan 3D Stabilization dan boleh mengawal sudut 300% lebih besar berbanding OIS.

Bagi yang tidak tahu, sudut kestabilan OIS adalah sekitar ±1° namun bagi Gimbal Stabilazation , ia mencapai sehingga ±3°. Hal ini telah diuji sendiri di makmal vivo tau!! Jadi patut la gambar atau video dari siri Vivo X50 ini stabil giler ketika di rakam!! Tak perlu risau lagi dengan gegaran!!

Tidak kira sama ada anda merakam ketika dalam keadaan statik mahupun dalam keaadaan yang sedang bergerak, ia tidak menjadi masalah untuk merakam imej yang lebih jitu.

Ekoran daripada Gimbal Stabilization ini, rakaman jarak jauh juga sudah tiada masalah kerana ia dapat mengurangkan gegaran khususnya ketika anda sedang menggunakan zoom pada kamera anda. Jadi penggunaan 60x hyper zoom pastinya dapat dimaksimumkan.

Tidak seperti OIS, Gimbal Stabilization ini hadir dengan Full Frame stabilization yang memastikan gambar yang diambil jelas dan tiada sebarang perincian yang tertinggal.

Jadi, lensa periskop telefoto dengan zoom optik 5x beresolusi 8 megapiksel (f/3.4) pada vivo X50 dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Jangan cakap vivo tak payung laa nanti!!

Extreme Night Mode

Ini satu lagi ciri yang best pada siri vivo X50 apabila ia hadir dengan Extreme Night Mode. Kalau nak tahu, Shutter bagi kamera peranti ini mampu dibuka dengan lebih lama yang secara langsung meningkatkan kemasukkan cahaya disebabkan oleh kestabilan sistem  Gimbal Camera dan sensor  IMX598 yang mana 10% lebih kepekaan cahaya berbanding IMX592.

Bukan itu sahaja tau!!! Extreme Night mode ini hadir dengan AI Denoise Algorithm yang akan berfungsi ketika dalam keadaan yang sangat gelap. Nak ambil gambar portrait ketika waktu malam juga sudah tiada masalah tau.

Jom kita lihat perbandingan di antara peranti ini dengan peranti flagship yang lain, dapat dilihat bahawa ia dilihat mampu menyerap cahaya dengan lebih baik dan lebih pantas.

Apa yang lagi syiok adalah ia juga ditampilkan dengan tripod mode. Nak rakam pada jangka masa yang lama pun sudah tiada masalah!!

Ada sesuatu yang menarik juga, apabila anda mengaktifkan night scene mode,anda jangan bimbang kerana ia ketika anda berada di dalam keadaan yang sangat gelap. Ia akan diaktifkan secara sendirinya.

Korang mesti tahu kan, kalau nak guna night mode ini, ia pasti memerlukan anda untuk memegang telefon dengan keadaan stabil kerana ia mengambil masa untuk menyerap cahaya. Jadi jangan risau, kerana ia turut hadir dengan anti gegaran yang membuatkan imej anda tampak lebih konsisten tanpa gegaran. Ia boleh menggunakan 5 paksi anti gegaran untuk menstabilkan sebarang gegaran.

Super Night Scene 4.0

Bukan itu sahaja, di dalam Extreme Night Mode ini, ia hadir dengan Super Night Scene 4.0. Dengan kerjasama antara RAW dan teknologi VIF, waktu rakaman juga dapat dipendekkan.

Kawalan noise pada gambar juga sangat baik yang pastinya menghasilkan imej yang lebih kemas.

Dah bosan ambil gambar pemandangan malam sahaja? Korang jangan risau kerana ia hadir dengan Moon mode yang mana ia boleh membenarkan anda merakam imej bulan dengan sangat baik. 

Apabila mengaktifkan mode ini, akan hadir satu lingkaran bagi menyasarkan pada bulan. Jadi anda dapat mengawal warna, cahaya, white blance dan banyak lagi. Jadi anda boleh merakam perincian yang lebih banyak berbandifng peranti lain.

Ada sesuatu yang menarik, sekiranya anda ingin merakam pemandangan langit pada waktu malam. Ia hanya mengambil masa hanya selama 1 minit sahaja bagi ia merakam berbanding dengan dengan peranti lain yang mengambil masa lebih dari 1 minit.

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh dapatkan peranti ini. Ia dijual pada harga RM2399 bagi vivo X50 dan RM3199 bagi vivo X50 Pro. Peranti ini mula dijual pada 25 Julai ini!! 

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang vivo.

You might also like