Apa Dia? Xiaomi Nak Jual Harga Mahal Pulak?

2.2Jika rakan anda bertanyakan senarai smartphone mesra ekonomi yang bagus ketika ini, pasti model-model dari Xiaomi akan tersenarai bukan? Namun selepas ini ia mungkin berubah, syarikat yang amat sinonim dengan peranti mampu milik kini berkemungkinan besar akan bertukar arah dan model perniagaan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pengasas Xiaomi, Li Wanqiang. Menurut beliau selepas ini Xiaomi akan menjual peranti mereka pada kelas harga yang lebih tinggi dari ketika ini, sekitar RM 2400 sebuah. Namun beliau menjanjikan bahawa walaupun terdapat kenaikan pada kelas harga, Xiaomi masih akan memastikan bahawa peranti tersebut mempunyai nilai dan speasifikasi yang terbaik berbanding pesaing.

Apa kata anda? Wajarkah Xiaomi menaikkan kelas harga mereka atas nama persaingan dengan nama-nama besar?

 

You might also like