
Komputer Riba Dan VR Dari Xiaomi, Menghangatkan Persaingan Dunia Teknologi
Sebut sahaja perkakasan teknologi yang ada ketika ini, pasti semuanya sudah dihasilkan oleh Xiaomi, dari produk keselamatan, perkakasan rumah, dron, basikal pintar, peranti kecergasan dan bermacam-macam lagi. Bukan sahaja Xiaomi mampu menghasilkan perkakasan tersebut, malah mereka menghasilkan produk tersebut dengan amat baik sekali dan dijual pula pada harga yang mesra ekonomi.
Kini terdapat ura-ura baru bahawa Xiaomi akan menghasilkan komputer riba. Satu imej tertiris menunjukkan sebuah komputer yang mempunyai reka bentuk mirip MacBook, namun ia dikatakan prototaip kepada model komputer riba Xiaomi yang sedang dalam rancangan. Selain itu satu imej grafik menunjukkan peranti paparan VR yang akan dikeluarkan Xiaomi. Masih tiada apa-apa kesahihan daripada pihak Xiaomi berkenaan kedua-dua imej tersebut.