
Jottit
Jottit adalah aplikasi produktiviti yang dibina menggunakan konsep teras to-do-list dan juga nota, lantas memudahkan anda menguruskan kerja dan aktiviti seharian. Cara menggunakan aplikasi ini cukup mudah, anda perlu cipta nota baru dan pilih formatnya sama ada dalam bentuk checklists, nota ataupun kedua-duanya.
Setelah memasukkan data ke dalam nota anda, swipe separuh skrin bagi menandakan ianya sedang dilakukan atau swipe penuh tugasan itu bagi menandakan ianya sudah diselesaikan. Aplikasi ini juga menyokong fungsi 3D Touch, iCloud Sync, iPad Multitasking, Apple Watch dan Spotlight Search.
Muat Turun
- USD 1.99 (RM 8.04)
- 42.2 MB
- iOS 9.0 dan ke atas