U Mobile Mempelopori Navigasi Waze Dalam Terowong SMART Bagi Semua Pemandu!!

U Mobile, syarikat telekomunikasi berpusatkan data yang memenangi pelbagai anugerah, telah bekerjasama dengan Waze dan Terowong SMART (SMART Tunnel) untuk menyediakan ketersambungan GPS bagi pemandu yang melalui terowong dwifungsi yang terpanjang di dunia.

Pengguna Terowong SMART tidak lagi perlu bimbang jika tersesat jalan atau tersilap susur keluar di kawasan tersebut dengan adanya peranti mudah alih Waze Beacons yang dipacu Bluetooth. Peranti ini menjamin ketersambungan yang lancar dan navigasi berterusan walaupun ketika penerimaan isyarat GPS yang lemah, menerusi penyebaran isyarat tanpa wayar yang menyokong aplikasi navigasi.

Bagi menjamin navigasi yang berterusan di dalam terowong SMART, para pemandu hanya perlu mengaktifkan sambungan Bluetooth pada peranti mereka. Setakat ini, hampir 240 Waze Beacons telah berjaya dipasangkan di sepanjang terowong 5.2km tersebut.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, para pengguna Waze di dalam Terowong SMART akan diingatkan untuk mengaktifkan Bluetooth bagi menikmati navigasi GPS secara berterusan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my

You might also like