
Casio Malaysia baru-baru ini telah melancarkan EX-TR80, peranti terbaru kepada siri kamera digital EXILIM TR. Kamera ini memfokuskan pada fungsi dan kebolehan untuk menghasilkan kualiti selfie yang terbaik.
Ciri-Ciri EX-TR80
-
Presets
Kamera ini menawarkan lebih 9,000 kombinasi presets. EX-TR80 mempunyai enam set tetapan kecantikan seperti “skin tone, “smooth skin”, ”face brightness”, “sculpting”, “dark circles remover” dan “slim face” bagi menyerlahkan wajah anda di dalam gambar selfie.
Selain itu, kamera ini juga dilengkapi perisian Intelligent Make–up Mode di mana ia mampu menghasilkan imej dengan butiran terperinci di dalam pelbagai keadaan. Kamera ini mampu mengesan pencahayaan sekitar dan menukar tetapan kamera secara automatik bagi menghasilkan gambar berkualiti.
-
Double LED Light
Fungsi dwi LED memberikan sumber cahaya secukupnya untuk anda menangkap gambar di dalam kawasan gelap.
-
Paparan LCD
Dengan paparan LCD (3.5 inci), 30% lebih besar daripada model sebelumnya, EX-TR80 menawarkan sebuah kamera di mana anda terlebih dahulu dapat memastikan kualiti imej yang diambil dan skrin ini juga memudahkan anda menavigasi fungsi kamera.
-
Rekabentuk
Rekabentuk EX-TR80 memudahkan anda untuk mengambil gambar selfie dengan butang shutter dan paparan dapat dicapai dan dilihat dengan mudah. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan sudut gambar yang baik.
-
Fungsi Rakaman
Kamera selfie ini juga hadir dengan fungsi rakaman untuk anda rekodkan aktiviti harian dan detik istimewa.
-
Sambungan Mudah
Anda boleh menyambungkan kamera EX-TR80 dengan telefon pintar anda secara wireles melalui aplikasi EXILIM Connect di mana dari dalam aplikasi ini anda boleh menghantar gambar dari kamera terus ke telefon pintar anda.
Aplikasi EXILIM Connect
Ketersediaan dan Harga
EX-TR80 boleh didapati dalam 3 variasi warna, iaitu hitam, merah jambu dan putih dan boleh dibeli dari wakil penjual Casio yang sah, stor Casio Exilim di Lazada dan juga Gem Five pada harga RM 4,099.





