Skor Ujian Benchmark Samsung Galaxy S8 Bocor

Tidak lama lagi Samsung akan memperkenalkan peranti flagship terbaru mereka. Sudah berbulan-bulan khabar angin, imej dan informasi yang dibocorkan ramai pihak di dalam Internet, sekaligus menghangatkan lagi suasana sebelum pelancaran Galaxy S8.

Salah satu aspek yang pastinya ingin diketahui pengguna adalah kemampuan pemproses Galaxy S8 yang menggunakan cip Exynos 8895 (versi antarabangsa) dan Qualcomm Snapdragon 835 (versi US, Galaxy S8+). Dua screenshot hasil ujian benchmark menunjukkan kemampuan pemproses unit yang menggunakan cip Exynos 8895.

Skor ujian single core menunjukkan cip ini ketinggalan jika dibandingkan dengan iPhone 7 Plus yang mencatatkan skor sekitar 3500, namun cip Exynos 8895 pada Galaxy S8 menunjukkan ia lebih hebat pada ujian multi core dengan skor sehingga 6375.

 

BACA JUGA
You might also like